suria

Al-Nassr buat kejutan untuk Ronaldo dengan kek istimewa, rai pencapaian jaringkan 40 gol pada 2023

Ronaldo bergambar bersama kek yang dihadiahkan pasukannya.

KAKITANGAN dan pemain Al-Nassr membuat kejutan apabila meraikan pencapaian Cristiano Ronaldo dengan menghadiahkannya sebiji kek yang memaparkan bintang itu dalam jersi Portugal.

Kek tersebut mempunyai tulisan '203 international caps, 127 gol' dan '40 gol pada 2023' ditulis di bahagian bawah.

Video kejutan tersebut dimuat naik di laman X rasmi Al-Nassr.

Ronaldo, 38, telah membuat lebih daripada 200 penampilan untuk negaranya sambil terus memecahkan rekod gol jaringan bola sepak antarabangsa lelaki. Dia kini menjaringkan 127 gol.

Ronaldo dan Al-Nassr akan beraksi apabila mereka menentang Damac pada Sabtu, 21 Oktober depan. -Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain