PUTERA sulung Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr mengikut jejak langkah bapanya dengan menyertai kelab Al-Nassr. Remaja berusia 13 tahun itu difahamkan telah menandatangani perjanjian dengan skuad bawah 13 tahun (B-13) Al-Nassr. Cristiano Jr akan memulakan latihan dengan kelab Arab Saudi itu dalam beberapa hari akan datang dan akan memakai jersi No.7, nombor yang begitu sinonim dengan bapanya. Ronaldo sebelum ini pernah mendedahkan bahawa anaknya meminta dia untuk terus bermain dan menangguhkan persaraan supaya mereka berdua dapat bermain dalam satu perlawanan bersama. "Anak saya memberitahu, 'Ayah tunggu beberapa tahun lagi... saya mahu bermain dengan kamu.'" ujarnya. Untuk rekod, Cristiano Jr sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan remaja Real Madrid, Juventus dan Manchester United. -Talksport Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube