PETARUNG dari Rusia, Islam Makhachev enggan meraikan kemenangannya di UFC 294 pada Sabtu lalu, sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin. "Saya tidak meraikan kemenangan hari ini kerana perkara gila yang berlaku di seluruh dunia. Palestin, kami bersama anda," katanya dalam temubual selepas aksi tamat. Makhachev yang mempunyai hubungan rapat dengan bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, turut dilihat membawa bendera Palestin selepas menewaskan lawannya, Alexander Volkanovski dalam aksi yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Makachev yang mempunyai peminat yang ramai dalam sukan tersebut, dipuji kerana teguh mempertahankan pendiriannya untuk Palestin, biarpun ada segelintir daripada mereka mengkritiknya dan menyalahkan Hamas kerana mencetuskan konflik. Sekurang-kurangnya 4,000 penduduk di Semenanjung Gaza, Palestin terkorban dengan belasan ribu yang lain cedera sejak tentera rejim Zionis melancarkan serangan tanpa henti, sejak 7 Oktober lalu. -Alarabiya Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube