SEBUAH kerusi dibaling ke arah pemain Manchester United yang sedang meraikan gol kemenangan 2-1 menentang Sheffield United, pada Sabtu. Pasukan Erik ten Hag memperoleh dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana selepas Scott McTominay dan Dalot kedua-duanya menjaringkan gol, sekali gus membantu Red Devils melakar kemenangan di Bramall Lane. Pemain antarabangsa Scotland itu membuka jaringan pada minit ke-28, hanya untuk Blades membalas sepakan penalti Oli McBurnie tidak lama kemudian. Tetapi United mengambil rampasan, dengan Dalot melakukan percubaan sensasi dari luar kotak penalti sebelum berpusing untuk meraikannya bersama rakan sepasukan. Bagaimanapun, gol berkenaan dicemari dengan insiden yang tidak menyenangkan. Ketika para pemain berkumpul mengelilingi penjaring gol di tepi padang untuk meraikan pukulan ajaibnya, sebuah kerusi boleh dilihat dilemparkan oleh seseorang individu. Namun mujur kerusi tersebut tidak terkena mana-mana pemain. Pada masa sama, tidak jelas individu yang membaling kerusi tersebut, dan penyokong menyebarkan rakaman insiden secara dalam talian. Pasukan pimpinan Erik Ten Hag kini menduduki tangga kelapan liga dengan 15 mata selepas sembilan perlawanan. Manakala Sheffield United pula menduduki tangga paling corot dengan satu mata. - Daily Mail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube