suria

Nama disebut dalam titah murka, Hamidin mohon perkenan menghadap Sultan Selangor

Hamidin bakal menghadap Sultan Selangor.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bakal menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung situasi semasa bola sepak.

Ia berikutan, pihaknya telah menghantar ‘warkah’ kepada pihak Istana Selangor pada Rabu selepas mengambil maklum mengenai ‘teguran’ Sultan Selangor.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Selangor murka... MFL, Presiden FAM tidak serius kezaliman terhadap kes Faisal Halim

Sebagai rekod, Sultan Selangor menzahirkan rasa kecewa dengan sikap Hamidin selaku peneraju FAM kerana tidak serius bersuara mengenai hukuman yang diberikan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kepada Selangor FC awal minggu ini.

MFL dalam satu kenyataan mengesahkan Selangor dikenakan empat hukuman selepas menarik diri aksi Piala Sumbangsih termasuk denda RM100,000, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024/2025.

Selain itu, perlawanan Liga Super (LS14) membabitkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya turut dimainkan tanpa penonton.

Namun, Selangor dalam satu kenyataan membalas pihak mereka akan membuat rayuan dengan meneliti segala saluran yang sesuai.

Difahamkan, antara saluran alternatif yang boleh digunakan Selangor adalah mengheret kes ke Mahkamah Sivil dan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain