UMPAMA sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah yang dilalui peserta amatur MMA Lukasz Bukovac selepas pertarungan sengit. Memetik laporan Oddity Central, dia bukan sahaja kalah dalam pertarungan dengan mencatatkan 0-2, malah turut dimalukan apabila teman wanitanya menolak lamaran yang dilakukan di hadapan 20,000 penonton. Susulan penolakan yang dilakukan, dia disimbah air oleh salah seorang ahli dalam kumpulan Bukovac sebagai tanda bantahan. Video tersebut menjadi tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Umumnya, orang ramai berpihak kepada Lukasz Bukovac dan mengatakan bahawa dia berjaya mengelak peluru, kerana seorang wanita yang baik tidak akan memberikan lelakinya L (loser) kedua selepas kalah dalam pertarungan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube