suria

Ramai kecewa tengok pakaian kontinjen Malaysia, memalukan atlet... Menteri kata KBS tak campur tangan

Pakaian kontinjen Malaysia menerima reaksi negatif netizen selepas ia diperkenalkan pada Ahad.

PAKAIAN rasmi kontinjen Malaysia ke pelbagai temasya sukan yang diperkenalkan pada Ahad menerima kecaman teruk daripada netizen.

Malah, segelintir pengguna media sosial turut menyalahkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas rekaan yang dilihat ketinggalan zaman dan buruk.

Menjawab hal itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya tidak mempunyai kaitan, sebaliknya menjelaskan ia diuruskan oleh Majlis Olimpik Malaysia.

"Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke temasya pelbagai sukan adalah di bawah tanggungjawab Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

"Ini merupakan hasil kerjasama antara Yonex dan Majlis Olimpik Malaysia dan ia di luar bidang kuasa KBS dan Majlis Sukan Negara (MNS)," ujarnya.

hy

Hannah Yeoh berkata KBS tidak mempunyai kaitan, sebaliknya pakaian itu berada di bawah tanggungjawab Majlis Olimpik Malaysia.

Hannah membuat penjelasan itu menerusi satu ciapan di laman X pada petang Isnin.

Terdahulu, rata-rata netizen mengkritik rekaan berkenaan yang dianggap tidak bersesuaian untuk digayakan atlet ketika mewakili Malaysia di luar negara.

Selain mempertikaikan kualiti fabrik serta rekaan keseluruhan, netizen turut menegur penggunaan Jalur Gemilang yang kelihatan berbeza daripada warna asalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Atlet diserang... Hannah Yeoh gesa PDRM buru individu simbah asid kepada Faisal Halim

"Kenapa warna bendera di baju tak guna warna asal?

"Tolonglah tukar. Buruk gila, memalukan atlet je nak pakai nanti.

"Dah la baju tu buruk, letak pula dekat patung," tulis netizen.

komen

Ramai netizen tidak berpuas hati dengan rekaan pakaian berkenaan.

Lebih melucukan, rekaan tersebut turut dibandingkan dengan baju keluaran usahawan makanan, Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe.

"Kalau aku jadi atlet Malaysia, baik aku pakai baju Kieda Crepe waktu pembukaan Olimpik daripada pakai baju design hauk ni.

Untuk rekod, pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik XXXIII di Paris 2024 dilancarkan pada Ahad sempena sambutan Hari Olimpik 2024 yang diadakan di The Exchange, TRX.

Antara yang hadir adalah Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin dan Timbalan CDM Datuk Nicol Ann David.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain