suria

Nampak ceria, makin sihat... Faisal Halim terharu Tun M datang rumah, sudi luang masa melawat tanya khabar

Faisal berkongsi foto pertemuannya dengan Tun M menerusi Instagram.

NASIB pemain bola Selangor FC, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbah asid turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi perkongsian di Instagram pada Sabtu, Faisal atau Mickey menzahirkan ucapan penghargaan apabila negarawan itu sudi meluangkan masa untuk menziarahinya.

"Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan daripada insan hebat hari ini. Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga.

"Insya-Allah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan," tulis Faisal.

Pemain sayap kebangsaan itu turut memuat naik beberapa foto pertemuannya dengan Tun M.

Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini. Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga  @chedetofficial InsyaAllah, saya a (1)

Tun M luang masa menziarahi Faisal dan keluarga.

"Alhamdulillah, Faisal nampak semakin sihat. Tun M tetap prihatin macam dulu-dulu.

"Untung bro Tun M melawat, semoga cepat sembuh," komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Faisal disimbah asid ketika berada di ruang parkir sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara pada 5 Jun lalu.

Serangan berkenaan menyebabkan Faisal terpaksa menjalani empat pembedahan untuk merawat luka lecurnya.

Faisal membuat kemunculan umum pertama menerusi satu sidang media pada 13 Jun lalu selepas terlibat insiden berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain