PEMAIN sayap kebangsaan, Faisal Halim dilihat membuat kemunculan buat pertama kali di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada petang Sabtu selepas sebulan lebih bertarung dengan kecederaan susulan serangan asid. Faisal atau mesra disapa Mickey hadir bersama ahli keluarganya untuk menyaksikan perlawanan Piala FA melibatkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan. Mickey dilihat ceria menyarung jersi pasukan Selangor FC bagi menyaksikan rakan sepasukannya berentap secara langsung dan bukan lagi menerusi siaran televisyen. Insiden serangan asid yang menimpa Faisal Halim. Untuk rekod, pemain kelahiran Pulau Pinang itu disimbah asid oleh penyerang yang belum dikenal pasti dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Selangor pada 5 Mei lalu. Akibat insiden tragis itu, Mickey mengalami kecederaan melecur tahap empat sehingga terpaksa berehat seketika daripada arena bola sepak untuk menjalani rawatan. Mickey kemudiannya dibenarkan untuk keluar hospital pada 25 Mei bagi menjalani rawatan pemulihan dan rawatan psikologi di kediamannya yang tidak didedahkan lokasi atas faktor keselamatan. ARTIKEL BERKAITAN: Kaki menggigil, hati meronta... Faisal Halim menitis air mata, rindu nak main bola Terdahulu pada petang Khamis, Mickey turut membuat penampilan dalam satu sidang media khas di Shah Alam bagi berkongsikan perkembangan terkini dirinya. Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, warga maya dilihat gembira apabila Mickey secara beransur dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula. "Alhamdulillah tersenyum lebar aku tengok Mickey boleh berada di luar semula, stay safe bro! "Semoga cepat sembuh Mickey, Selangor FC dan pasukan kebangsaan sangat merindui kamu. Tak sabar nak tengok Mickey bermain semula di atas padang, kami sentiasa percaya kepada Mickey dan akan terus mendoakan. "Semoga si pelaku mendapat pembalasan yang seberat-beratnya, jika bukan di dunia, pastinya di akhirat," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube