suria

Pearly-Thinaah gagal mara, tersingkir dalam aksi separuh akhir menentang China

Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah ketika beraksi menentang beregu China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan pada acara separuh akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle pada Jumaat. -Foto Bernama -- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

HASRAT beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk mara ke peringkat akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 lebur apabila tewas di tangan pasangan No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris, pada petang Jumaat, pasangan itu terpaksa akur dengan kekalahan 12-21, 21-18, 15-21 dalam saingan sengit selama 78 minit.

Bagaimanapun, pasangan yang berada pada ranking ke-12 dunia itu mencipta pencapaian membanggakan apabila menjadi beregu wanita pertama negara yang berjaya melangkah ke separuh akhir di temasya Olimpik.

Beregu itu bakal beraksi pada penentuan pingat gangsa esok (Sabtu), menentang lawan sama ada dari Jepun (Nami Matsuyama-Chiharu Shida) atau China (Liu Sheng Shu-Tan Ning).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain