suria

Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas dalam aksi separuh akhir

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika menentang beregu lelaki China, Liang Wei Keng dan Wang Chang dalam acara badminton separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle pada Jumaat. -Foto Bernama

IMPIAN beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mara ke peringkat akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 terkandas apabila tewas di tangan pasangan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Dalam aksi separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi, pasangan negara yang mempamerkan ketangkasan bagaimanapun terpaksa akur dengan kehandalan jaguh dunia itu.

Biarpun berjaya memenangi set kedua, Aaron dan Wooi Yik terpaksa berpuas hati dengan pengutan mata 19-21, 21-15, 17-21.

Pasangan ini kini bakal beraksi di penentuan gangsa menentang sama ada beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen atau gandingan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin, Ahad ini.

Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik berjaya merangkul pingat gangsa di Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan beregu Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain