suria

Pearly Tan-M Thinaah terlepas gangsa... Rakyat Malaysia tetap bangga!

Pearly Tan dan M. Thinaah tidak berjaya meraih pingat gangsa. -Foto BAM

HASRAT beregu wanita utama Malaysia Pearly Tan dan M. Thinaah meraih pingat gangsa dalam kempen Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian.

Kedua-dua pemain itu terpaksa akur dengan kekalahan ketika menentang wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam aksi penentuan pingat gangsa di Arena Porte de la Chapelle, Paris pada Sabtu.

Ketika perlawanan, kelihatan wakil Malaysia berusaha mengejar regu Jepun demi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun, Matsuyama-Shida terus mengekalkan kelebihan mereka sebelum menang dengan keputusan 21-11 bagi kedua-dua set.

Meskipun kalah, rakyat Malaysia pastinya berbangga dengan Pearly-Thinaah kerana mereka menjadi regu wanita pertama Malaysia yang berjaya layak ke separuh akhir Sukan Olimpik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain