suria

Impian emas lebur... Zii Jia terkandas di separuh akhir

Lee Zii Jia ketika beraksi menentang pemain Thailand, Kunlavut Vitidsran dalam acara separuh akhir badminton lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, di Arena Porte De La Chapelle pada Ahad. -Foto Bernama

HASRAT pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mara ke peringkat akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 lebur apabila tewas di tangan pemain dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung pada petang Ahad, Zii Jia yang berada pada kedudukan ranking ke-7 dunia terpaksa akur dengan kekalahan 14-21, 15-21 kepada juara dunia dari negeri gajah putih itu.

Bagaimanapun, Zii Jia akan beraksi pada penentuan pingat gangsa menentang Viktor Axelsen dari Denmark atau Lakshya Sen dari India.

Untuk rekod, Zii Jia mara ke separuh akhir Olimpik apabila menewaskan wakil Denmark, Anders Antonsen dalam pertembungan suku akhir, pada awal pagi Sabtu lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain