suria

Aaron-Wooi Yik hadiahkan pingat pertama buat Malaysia

Beregu lelaki badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika beraksi menentang beregu lelaki Denmark Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dalam penentuan pingat gangsa acara badminton pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle hari ini. -Foto Bernama

PASANGAN beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan penantian misi memburu pingat pertama untuk Malaysia apabila menewaskan pasangan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.

Menerusi perlawanan penuh mendebarkan pada Ahad malam, Aaron-Wooi Yik mempamerkan aksi cemerlang dalam ketiga-tiga set apabila meraih 16-21, 22-20, 21-19 pada aksi penentuan pingat gangsa Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena.

Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan pasangan di ranking ketiga dunia itu mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi di Olimpik Tokyo pada 2020.

Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik memenangi pingat gangsa di Tokyo selepas menewaskan gandingan berpengalaman Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain