suria

Atlet golf Korea Selatan menangis kecewa... Perlu sertai khidmat ketenteraan selepas gagal bawa pulang pingat Olimpik

Tom Kim dilihat mengesat air mata di rumah kelab di Le Golf National.

PERUNDANGAN Korea Selatan mewajibkan rakyatnya terutama golongan lelaki melengkapkan perkhidmatan ketenteraan selama 18 hingga 21 bulan dengan pendaftaran dilakukan sebelum mencecah usia 28 tahun.

Susulan daripada itu, atlet golf Olimpik Paris 2024, Tom Kim dilihat mengalirkan air mata di rumah kelab di Le Golf National kerana gagal mendapatkan pengecualian daripada menyertai perkhidmatan ketenteraan berkenaan.

Ia berikutan dia gagal menduduki podium dalam acara golf Olimpik lelaki pada pusingan terakhirnya meskipun meraih 13 di bawah par selepas empat pusingan pertama.

Untuk rekod, perkhidmatan ketenteraan adalah wajib di Korea Selatan namun sesetengah lelaki diberi pengecualian berdasarkan isu kesihatan fizikal dan mental.

Bagi keluarga kaya pula, mendapatkan dua kerakyatan apabila menghantar anak-anak ke sekolah antarabangsa adalah perkara biasa.

Satu lagi cara untuk dikecualikan daripada penyertaan tersebut adalah dengan memenangi apa jua pingat di Sukan Olimpik. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain