suria

Zii Jia sumbang gangsa kedua negara, benamkan jaguh India

Aksi Zii Jia dalam penentuan tempat ketiga di Sukan Olimpik Paris 2024. Foto MSN

PEMAIN perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia terus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila berjaya merangkul pingat kedua buat negara.

Pemain ranking ketujuh dunia itu meraih pingat gangsa menerusi aksi cemerlang ketika menentang Lakshya Sen dari India dengan kemenangan 21-16, 21-11 pada aksi penentuan tempat ketiga di Porte de La Chapelle Arena, Paris, pada Isnin malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian emas lebur... Zii Jia terkandas di separuh akhir

ARTIKEL BERKAITAN: Zii Jia mara ke separuh akhir, teruskan misi buru emas - "Saya kena sentiasa bersedia"

Kemenangan Zii Jia merupakan pingat kedua Malaysia dalam Olimpik Paris selepas beregu utama lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut memenangi gangsa pada Ahad.

Pemain berusia 26 tahun itu juga merupakan rakyat Malaysia ketiga memenangi pingat Olimpik dalam perseorangan lelaki selepas Rashid Sidek (Sukan Atlanta 1996) dan Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak pada Sukan Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016. .

Pada Ahad petang, Zii Jia terpaksa akur dengan kekalahan 14-21, 15-21 kepada juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Untuk rekod, Zii Jia mara ke separuh akhir Olimpik apabila menewaskan wakil Denmark, Anders Antonsen dalam pertembungan suku akhir, pada awal pagi Sabtu lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain