suria

Hanya perlu tunjuk alat sulit depan kamera, syarikat porno tawar RM1.169 juta kepada Ammirati

Aksi Ammirati pada acara lompat bergalah Olimpik Paris 2024.

GARA-GARA alat sulit terkena palang berketinggian 5.70 meter ketika membuat lompatan bagi acara lompat bergalah Olimpik Paris 2024, Anthony Ammirati menerima tawaran 'berlakon' dari sebuah syarikat hiburan dewasa.

Bukan itu sahaja, atlet Perancis yang gagal menempatkan diri ke final itu, turut ditawarkan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.169 juta).

Menurut naib presiden syarikat hiburan dewasa, pihaknya akan menawarkan Ammirati sehingga AS$250,000 untuk menunjukkan alat sulit kepada pengikut laman webnya.

Tambahnya, atlet ini juga perlu 'beraksi' di hadapan kamera selama 60 minit.

Terdahulu, TMZ Sports mendapat surat daripada laman porno popular tersebut yang memanjangkan tawaran kepada bintang trek dan padang yang tular selepas insiden memalukan berlaku semasa pusingan kumpulan pada Ahad.

Untuk rekod, Ammirati berjaya melepasi ketinggian 5.40 m dan 5.60m dengan kedua-duanya pada percubaan pertama.

Namun dia gagal melepasi 5.70m selepas percubaan ketiga menyaksikan alat sulitnya terkena palang sekali gus menduduki tangga ke-12 dan tidak dapat ke final. - TMZ Sport

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain