suria

Paralimpik Paris 2024: Ziyad raih pingat perak

Muhammad Ziyad tersenyum menunjukkan pingat perak yang dimenangi dalam acara lontar peluru lelaki F20. -Foto Bernama

JAGUH lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat perak bagi aksi final acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) di temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.

Pada aksi di Stade de France, Muhammad Ziyad memulakan saingan dengan merekodkan lontaran pertama sejauh 16.75 meter, 16.66 meter pada percubaan kedua, diikuti 17.18 meter yang merupakan lontaran terbaiknya pada percubaan ketiga.

Atlet berusia 34 tahun itu cuba bangkit namun tidak berupaya memintas catatan terbaiknya dengan lontaran terakhir sejauh 16.86 meter.

Untuk rekod, Muhammad Ziyad berjaya mememangi emas pada edisi 2016 di Rio de Janeiro.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain