suria

Pemain bola sepak kantoi bawa perempuan balik rumah, isteri usir keluar selepas tengok rakaman

Seorang pemain bola sepak diusir keluar dari rumah selepas didakwa curang. Foto Daily Mail

SEORANG pemain bola sepak ditinggalkan isterinya selepas didapati menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

Bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) menerima padah apabila dia membawa seorang perempuan simpanan masuk ke kediamannya.

Susulan itu, pemain bola sepak antarabangsa yang dikenali ramai itu diusir keluar dari rumah keluarganya.

Perbuatannya terbongkar selepas si isteri menerima gambar berserta mesej: "Saya tidur dengan suami awak."

Isteri yang marah ketika sedang bercuti kemudian memeriksa rakaman pada loceng pintu rumah mereka.

Menurut MailOnline, isteri bintang bola sepak itu menemukan rakaman suaminya pulang ke rumah bersama teman wanita itu.

Bintang itu, yang keluar untuk negaranya pada Euro 2024, dilaporkan memberi jaminan kepada isterinya bahawa gambar tersebut adalah palsu.

Dia pada mulanya mempercayainya, tetapi kemudian tidak ragu-ragu mengenai kecurangan suaminya selepas melihat rakaman menunjukkan teman wanita itu memasuki rumah mereka. -MailOnline

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain