ATLET berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terus menghidupkan peluang pingat emas untuk Malaysia apabila berjaya mara ke separuh akhir acara keirin lelaki pada petang Ahad. Shah Firdaus, 28, menduduki tempat ketiga pada pusingan satu, sekali gus mengesahkan slot empat peserta terbaik untuk ke separuh akhir. Sementara itu tempat kedua milik Jack Carlin dari Great Britain dan tempat pertama, Matthew Glaetzer dari Australia. Peringkat separuh akhir acara keirin lelaki dijadualkan berlangsung pada pukul 6.30 petang Ahad (11 Ogos). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube