suria

Tumpuan kepada Shah Firdaus... Berjaya mara ke suku akhir acara keirin lelaki

Muhammad Shah Firdaus Sahrom (kiri) menempah slot ke suku akhir acara keirin lelaki. -Foto Bernama

MISI memburu pingat emas berjaya diteruskan selepas atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengesahkan slot ke suku akhir acara keirin lelaki, sebentar tadi.

Shah Firdaus, 28, menjuarai repechages heat 3 dengan pelumba dari Kanada, Nick Wammes mendapat tempat kedua, untuk mara ke suku akhir.

Terdahulu, pelumba Perancis, Rayan Helal menamatkan perlumbaan di tempat kedua namun kemenangannya dibatalkan.

Peringkat suku akhir acara keirin lelaki dijadualkan berlangsung pada pukul 5.29 petang Ahad (11 Ogos).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain