JIKA kafetaria di perkampungan Olimpik menjadi medan interaksi sosial, salunnya pula adalah tempat terbaik buat para atlet menenangkan diri dan 'menambah aura' sebelum tiba masanya untuk beraksi. Salun rambut yang menjadi salah satu kemudahan tetap pada setiap sukan Olimpik, dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. Terdapat 10 pendandan rambut yang didatangkan khas, kesemuanya dari salun terkemuka di sekitar Perancis untuk menggayakan para atlet. Apa yang menariknya, untuk atlet Olimpik, khidmat memotong rambut adalah percuma! "Ia adalah masa untuk mereka berehat dan melupakan pertandingan buat seketika," kata Darygue Cordinier dari Chopperhead, sebuah salun di Paris. "Kami di sini untuk menjaga mereka (atlet)," ujarnya lagi. Jurucakap salun berkata, para atlet dari 145 negara telah singgah ke salun sejak permulaan temasya tersebut untuk mendapatkan pelbagai jenis perkhidmatan. -The New York Times Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube