suria

Perjuangan Azizulhasni berakhir... Penyertaan batal selepas pintas ‘pacer’

Reaksi Azizulhasni selepas tidak layak dalam acara basikal trek keirin lelaki. -Foto Bernama

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaan seawal saringan pertama bagi acara keirin Olimpik 2024 di Paris sebentar tadi.

Penyingkiran Azizulhasni dibuat selepas beliau terlalu awal memotong derny yang bertindak sebagai pacer.

Ia sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu.

Saringan satu dimenangi pelumba Australia, Matthew Glaetzer sementara tempat kedua menjadi miliki pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland.

Sementara itu jurulatih Azizulhasni, John Beasley mengesahkan anak didiknya tidak layak ke Repechages acara Keirin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain