suria

Tuah penampilan sulung di Olimpik Paris 2024, bintang lempar cakera Lithuania atasi rekod 20 tahun ayah... Genggam catatan terbaik dunia!

Alekna berjaya atasi rekod 20 tahun ayahnya di sukan Olimpik Paris 2024

SEBAGAI seorang atlet, mencatatkan rekod terbaik adalah impian yang ingin dilaksanakan.

Apatah lagi sekiranya berjaya memecahkan rekod kebangsaan atau dunia.

Pada perlawanan akhir lempar cakera di Olimpik Paris 2024, atlet Lithuania yang membuat penampilan sulungnya dilaporkan berjaya memecahkan rekod Olimpik 20 tahun ayahnya.

Mykolas Alenka, 21, menyusulinya dengan lontaran besar sejauh 69.97m pada percubaan keduanya dalam perlawanan akhir, Rabu.

Balingan Alekna memecahkan rekod Olimpik 20 tahun ayahnya Virgilijus dari Athens 2004, sejauh 69.89m.

Malah dia juga berjaya memecahkan rekod dunia yang dipegang atlet berusia 38 tahun pada April lalu apabila berjaya mendaratkan lambungan 74.35m di Siri Lempar Oklahoma di Amerika Syarikat.

Rekod itu telah bertahan lebih lama daripada rekod yang dibuatnya di final Olimpik ini.

Bagaimanapun, pada acara Olimpik Paris 2024, pemain Jamaica, Roje Stona berjaya melepasi Alekna dengan percubaan keempatnya apabila melakukan balingan sejauh 70m.

Rekod Stona sudah cukup untuk memenangi emas dan Alekna terpaksa berpuas hati dengan perak. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain