suria

Pelumba Jepun tersingkir... Shah Firdaus layak ke final keirin lelaki

Shah Firdaus terus menggalas misi memburu emas untuk Malaysia.

MISI memburu pingat emas untuk Malaysia diteruskan apabila atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengesahkan slot ke final acara keirin lelaki pada petang Ahad.

Pada mulanya Shah Firdaus, 28, terlepas peluang beraksi di final selepas menduduki tempat keempat dalam saingan separuh akhir acara keirin lelaki.

Bagaimanapun rezeki berpihak kepadanya setelah atlet Jepun, Kaiya Ota yang berada di kedudukan ketiga tersingkir daripada pertandingan selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Untuk makluman, hanya tiga peserta terbaik akan mendapat slot untuk ke peringkat akhir.

Sementara itu tempat pertama milik Matthew Richardson dari Australia dan tempat kedua Harrie Lavreysen dari Belanda.

Peringkat akhir acara keirin lelaki dijadualkan berlangsung pada pukul 7.30 petang Ahad (11 Ogos).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain