suria

Shah Firdaus jatuh di selekoh akhir final keirin lelaki... Impian bawa pulang pingat berakhir

Keadaan Shah Firdaus ketika dan selepas perlumbaan.

ATLET berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom begitu hampir menghadiahkan Malaysia pingat gangsa di final acara keirin lelaki pada petang Ahad.

Namun impian Shah Firdaus, 28, dan seluruh rakyat Malaysia terkubur apabila dia dilihat dirempuh oleh atlet Jepun, Nakando Shinji hingga terjatuh di selekoh terakhir.

Bagaimanapun semangat juang Shah Firdaus begitu tinggi apabila dia tetap bangkit untuk meneruskan kayuhan sehingga ke garisan penamat dengan catatan masa 3.348 saat.

Sementara itu, tempat pertama milik Harrie Lavreysen dari Belanda, tempat kedua Matthew Richardson dari Australia dan tempat ketiga Matthew Glaetzer juga dari Australia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain