suria

Pemain bola sepak disiasat atas dakwaan rogol, kesalahan seksual

Pemain bola sepak dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rogol, kesalahan seksual. -Gambar hiasan

SEORANG pemain bola sepak berusia 30-an dilaporkan dipanggil polis bagi membantu siasatan atas pelbagai dakwaan kesalahan seksual.

Pemain itu dikatakan disiasat berhubung dakwaan merogol dua wanita dan kesalahan seksual berkaitan dengan wanita ketiga.

Polis pertama kali menahan pemain Liga Perdana Inggeris itu di sebuah alamat di London pada Julai 2022 kerana disyaki merogol.

Dia kemudian terus bermain untuk kelabnya sejak kes berkenaan.

Memetik MailOnline, bintang bola sepak itu hadir ke balai polis pada Khamis lalu dan memberi keterangan.

Jurucakap Polis Met berkata, pihaknya sedang menyiasat berikutan beberapa laporan dakwaan kesalahan seksual antara 2021 dan 2023.

"Seorang lelaki berusia 30-an telah ditangkap pada Julai 2022. Sejak itu dia dipanggil polis untuk membantu siasatan.

"Siasatan masih diteruskan dan beberapa individu dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.

Pada Jun 2022, pemain itu ditahan selepas dakwaan dirinya merogol selain disyaki terlibat dalam dua insiden rogol pada April 2021 dan Jun 2021.

Bagaimanapun, tiada tindakan lanjut diambil berhubung dakwaan kejadian pada Jun 2021, memandangkan undang-undang berkaitan masih belum berkuat kuasa pada ketika pendakwaan berlaku.

Polis kemudian menahan lelaki itu sekali lagi pada Februari 2023 kerana disyaki melakukan kesalahan seksual, yang didakwa berlaku di London pada Februari 2022. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain