AFGHANISTAN akan menyekat permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) yang didakwa menggalakkan keganasan dalam kalangan belia negara itu. Kementerian Telekomunikasi bertemu wakil sektor keselamatan dan wakil pentadbiran penguatkuasaan undang-undang syariah sebelum memutuskan untuk mengenakan larangan ke atas permainan itu dalam tempoh tiga bulan akan datang. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan baru-baru ini, lapor Afgan Media Khama. Menurut sumber, mereka menganggap permainan itu mempromosikan keganasan dan membawa pengaruh buruk kepada golongan muda. ARTIKEL BERKAITAN: Suasana berbeza, semangat tetap sama! PUBG Mobile versi 2.2 perkenal peta baharu untuk pemain Bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut perancangan dalam tempoh yang dijadualkan, Kementerian Telekomunikasi di Afghanistan telah memaklumkan keputusan tersebut kepada semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan internet dalam negara itu. India, Bangladesh, Iran, Nepal, Jordan dan Iraq merupakan antara negara yang telah mengharamkan permainan mudah alih PUBG. India misalnya mengambil keputusan itu atas alasan keselamatan data dan privasi apabila permainan berkenaan didakwa mengumpul dan berkongsi data sensitif pengguna. Untuk rekod, PUBG merupakan permainan video popular yang telah mencapai lebih 1 bilion muat turun di seluruh dunia. Ia adalah salah satu permainan mudah alih yang paling digemari peminat walaupun diharamkan di beberapa negara. - Gaming On Phone. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI