suria

3 dekad kumpul jutaan peminat, EA ucap selamat tinggal dengan FIFA23

FIFA23 merupakan siri terakhir permainan video popular berasaskan bola sepak itu. Foto: YANN COATSALIOU/AFP.

SALAH satu francais terbesar dalam sejarah permainan video berakhir pada Jumaat dengan pelancaran FIFA 23.

FIFA23 menjadi siri terakhir permainan video bola sepak itu selepas tiga dekad mengumpul jutaan peminat seluruh dunia.

Pembangun permainan AS Electronic Arts (EA) dan badan bola sepak global FIFA menghabiskan beberapa bulan berunding mengenai perjanjian pelesenan yang menyokong permainan itu sejak edisi pertamanya pada 1993.

Mereka bagaimanapun mengesahkan perpecahan itu pada Mei apabila FIFA berkata ia akan mencari rakan kongsi lain dan EA berkata ia akan menjenamakan semula permainannya sebagai "EA Sports FC" mulai tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima permainan esport paling berpengaruh yang setiap gamers perlu tahu

Untuk versi terakhir, EA telah memasukkan pasukan kelab wanita buat kali pertama, walaupun hanya melibatkan pasukan dari England dan Perancis.

"Ia dan kekal sebagai salah satu francais paling popular dalam semua permainan," kata Tom Wijman dari Newzoo, sebuah firma yang menganalisis data dalam industri itu.

Untuk rekod, FIFA telah menjual lebih daripada 325 juta salinan permainan video itu sepanjang tiga dekad, menjana lebih daripada AS$20 bilion (RM92.9 bilion) jualan. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain