BINTANG streaming Twitch, Adin Ross, yang baru-baru ini memulakan penstriman di Kick dikecam selepas klip dirinya menstrim kandungan dewasa (lucah) menjadi tular. Rata-rata warganet yang menyedari perbuatan itu melabel Ross sebagai lelaki hipokrit susulan tindakannya. Penstrim popular seperti xQc dan Kai Cenat turut memberi respons terhadap klip itu kerana tidak percaya dengan tindakannya itu. Untuk rekod, Ross kini antara personaliti terkenal dari Amerika Syarikat yang meraih populariti dari saluran Twitchnya dengan 7 juta pengikut. Bagaimanapun, dia baru-baru ini mempunyai masalah dengan Twitch dan bertukar penstriman kepada Kick. Di Twitch, dia disekat sebanyak lima kali dari tahun 2020 dan 2021 gara-gara tindakannya yang 'meracun' minda penonton. Selepas klip ini dikongsikan oleh Jake Lucky, Ross bertindak mengugutnya di mesej privasi di Twitter. Setelah bertukar ke Kick, Ross mengatakan dia boleh melihat video pornografi dengan penontonnya kerana dia rasa Kick tidak mempunyai banyak kekangan peraturan dan syarat. - SPORTKEEDA Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube