suria

Rupanya penjara di Filipina pernah anjur kejohanan Dota untuk banduan... Tapi tak cukup pemain

Kejohanan e-sukan yang dianjurkan di dalam penjara di Filipina.

SEBUAH penjara di Filipina pernah menganjurkan kejohanan Dota untuk banduannya.

Kejohanan itu menjadikan mereka antara penjara pertama di dunia yang berani menyusun atur pertandingan e-sukan.

Benarlah cakap-cakap orang, Filipina dan arena pertarungan atas talian multipemain (MOBA) berpisah tiada.

Pertandingan Dota diadakan di dalam penjara di Filipina.

Walaupun kejohanan itu diadakan tiga tahun lalu namun ia mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mengadakan pertandingan Warcraft 3 Dota All Stars untuk banduan mereka.

Berita ini kembali tular selepas dikongsikan di laman Facebook 95.7 Brigada News FM Koronadal.

Mungkin disebabkan jumlah pemain yang sedikit, mereka hanya bermain tiga lawan tiga walaupuan permainan sebenar memerlukan lima lawan lima.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 permainan video ditunggu-tunggu pada Mac 2023, Resident Evil 4 paling ‘panas’

Permainan Warcraft 3 Dota ini tidak memerlukan rangkaian jalur lebar dan boleh dimainkan menggunakan rangkaian kawasan setempat (LAN).

Selain itu, Warcraft 3 juga masih disokong peranti generasi lama yang berkemungkinan dimiliki oleh pengurusan penjara Filipina berkenaan.

Rama-rata netizen memberikan komen positif dan pujian kerana pihak penjara melayan banduan dengan penuh sifat kemanusiaan. - AFK Gaming

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain