MENGGAMIT nostalgia, permainan First-Person Shooter (FPS) seperti Counter-Strike menjadi antara nama yang terpahat dalam memori generasi milenial.
Kini anda dapat merasai pengalaman baharu yang lebih mencabar melalui pelancaran permainan video edisi baharu ini.
Valve baru-baru ini mengesahkan bahawa Counter-Strike 2 akan tiba secara percuma pada musim panas ini.
Pengumuman ini dibuat selepas Valve mengeluarkan tiga video gameplay Counter-Strike 2 di saluran YouTube mereka.
Ia dibangunkan menggunakan enjin permainan video mereka sendiri iaitu Source 2 yang juga digunakan dalam Dota 2 dan Half-Life: Alyx.
Counter-Strike pada mulanya dibangunkan oleh Valve pada tahun 2000.
Counter-Strike 2 akan merombak seluruh peta permainan mereka, mekanik bom asap yang realistik dan pelbagai penambahan baharu daripada Valve.
Valve menyatakan bahawa Counter-Strike 2 adalah satu lompatan teknikal terbesar dalam francais permainan video itu.
Percubaan masa terhad akan bermula pada hari ini dan akan dibuka kepada beberapa pemain Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO).
Semua ciri baharu akan diumumkan sebelum Counter-Strike 2 dilancarkan ke Steam pada musim panas ini.
Counter-Strike adalah permainan video penembakan tunggal (FPS) yang dibangunkan oleh Valve pada 2000.
Selepas beberapa siri, mereka melancarkan CS:GO pada 2012 dan ia sudah menjadi salah satu permainan video yang popular di seluruh dunia. - Sportskeeda
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube