APEX Legends Mobile yang merupakan permainan video hangat suatu masa dahulu bakal melabuhkan tirainya di semua lokasi kecuali China. Terdahulu, Electronic Arts (EA) telah mengumumkan yang mereka menghentikan operasi Apex Legends Mobile yang usianya tidak sampai setahun pun di dalam platform Android dan iOS. Antara faktor yang dipetik pihak Respawn selaku pembangun utama permainan adalah mereka tidak mampu untuk memenuhi aspek kualiti, kuantiti, serta frekuensi kandungan baharu yang perlu diterbitkan. Pengemaskinian secara berkala adalah penting bagi mengekalkan penglibatan pemain pada tahap tertinggi. Walaupun begitu, baru-baru ini terdapat satu ura-ura yang mengatakan Apex Legends Mobile versi China akan dikeluarkan. Permain video Apex Legends Mobile. Nama permainan itu juga akan ditukarkan kepada High Energy Hero. Berita ini didedahkan oleh seorang pemerhati trend permainan video yang digelar @VaviNewsLeaks. Permainan ini dibangunkan oleh pasukan yang sama di Apex Legends Mobile dan dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini. High Energy Hero juga akan tidak akan berkait dengan EA dan Respawn tetapi hanya Tencent. Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman dari LightSpeed Studios untuk mengembalikan Apex Legends Mobile. Walaupun High Energy Hero adalah berita baik untuk peminat Apex Mobile, tetapi berkemungkinan besar permainan ini tidak akan mempunyai versi global. - MYGAMEON Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube