suria

Komuniti MLBB tangisi pemergian Chad dan Coach Navi, punca kematian masih misteri

Kematian dua bintang esport Filipina nyata mengejutkan peminat arena sukan itu.

KOMUNITI Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Filipina menangisi pemergian dua personaliti esport MLBB, Charles Dave 'Chad' Dela Pena dan Ivan Emmanuel 'Coach Navi' Gacho.

Chad, yang berusia 27 tahun, meninggal dunia pada 23 April, manakala Navi, yang berusia 24 tahun, meninggal dunia pada 24 April. Difahamkan kematian mereka tiada kaitan.

Ivan berkhidmat sebagai jurulatih RSG Ignite dan merupakan salah seorang pemain pertama yang menjadi sebahagian daripada MPL Filipina.

Manakala Chad, bekas pengurus kem latihan Nexplay EVOS, adalah salah seorang tokoh terkenal dalam adegan MPL yang bertindak sebagai 'senior' kepada pemain.

Sehingga kini, punca kematian mereka masih tidak diketahui dan didedahkan kepada umum.

Di tengah-tengah berita duka itu, Setiausaha Agung Pertubuhan E-sukan Filipina (PeSO), Joebert Yu telah menyuarakan betapa pentingnya kesedaran tentang kesihatan fizikal dan mental dalam komuniti e-sukan.

"Kami pernah berada dalam era di mana bermain untuk melupakan masalah dan berharap ia akan hilang atau anda boleh cuba melupakannya... itu untuk seketika.

"Pada hakikatnya, kita semua perlu menangani masalah secara nyata dalam kehidupan ini. Malah dalam industri kami, isu kesihatan fizikal dan mental benar berlaku," kata Yu dalam catatan media sosial.

Pengurus besar pasukan esport negara berkenaan, Jab Escutin, turut berkongsi sentimen yang sama dengan menekankan kepentingan kesihatan fizikal dan mental dalam industri esport.

"Semua yang kami lakukan untuk menyokong inisiatif penting seperti ini tidak kira sekecil mana pun boleh menyelamatkan nyawa," kata Escutin di media sosialnya.

Kedua-dua Yu dan Escutin menyebut bahawa mereka sedang merancang inisiatif untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam komuniti esport. - Philstar.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain