suria

Baling Suar: Pengurus Croatia Gelar Penyokong 'Pengganas Sukan'

PERLAWANAN di antara Croatia dan Republic Czech yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 dicemari dengan balingan suar ke dalam padang Stadium Geoffroy Guichard.

Pengurus Croatia, Ante Cacic menggelar sebahagian daripada penyokong negaranya sebagai ‘pengganas sukan’ gara-gara insidentersebut.

Cacic,62, tidak dapat membendung perasaan marahnya selepas perlawanan dan meminta mereka bertanggungjawab selepas membaling lebih kurang sedozen suar dan turut bergaduh sesama sendiri di tempat penyokong.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengesahkan akan membuat dakwaan disiplin terhadap Croatia FA.

“Selepas perlawanan ini, saya menganggap mereka adalah pengganas. Saya memanggil mereka ‘hooligan’,” jelas Cacic.

“Walaupun  sebahagian daripada pihak media dari Croatia tidak gembira dengan komen-komen saya ini, tetapi ia jelas: mereka hooligan.

“Kejadian seperti ini pernah berlaku. Kami turut melihat beberapa karektor Nazi. Mereka merosakkan apa yang kami lakukan”.

Dalam pada itu, Cacic memuji majoriti penyokongnya yang berkelakuan baik tetapi sikap ganas segelintir merosakkan  semuanya.

“Sebanyak 95 peratus penyokong Croatia dimalukan di Eropah. Pemain-pemain saya sangat kecewa.

“Mereka sangat berbangga memakai jersi Croatia. Mereka bermain untuk orang Croatia.

“Kami sangat-sangat kecewa. Kami tahu mereka sengaja membuat kecoh. Mereka adalah pengganas sukan malah golongan ini akan melakukan apa sahaja. Ia sangat menyedihkan.

“Croatia FA tidak boleh berjuang sendirian untuk menghalang golongan hooligan ini.”

Pemain-pemain Croatia memujuk penyokong-pengyokong mereka supaya bertenang.


Sementara itu pemain Ivan Perisic yang menjaringan gol awal perlawanan berkata:”Saya tidak faham kenapa kami perlu menghabiskan tenaga untuk memujuk penyokong sendiri supaya bertenang.”

Manakala pemain tengah Ivan Rakitic meluahkan kekecewaan dengan insiden ini sehingga mengganggu permainan menyebabkan pihak lawan dapat menyamakan kedudukan.

Pengadil perlawanan, Mark Clattenburg terpaksa menghentikan permainan seketika ketika Croatia mendahului kedudukan 2-1 dan mengarahkan pemain-pemain berada di tengah padang selepas suar dibaling ke arah mereka.

Pun begitu, keputusan seri ini menyaksikan Croatia berada di posisi kedua Kumpulan D dengan empat mata selepas menang 1-0 ke atas Turki sebelum ini.


SENARAI PEMAIN:

Republik Czech - Cech, Kaderabek, Sivok, Hubnik, Limbersky, Plasil, Darida, Skalak, Rosicky, Krejci, Lafata.

Croatia - Subasic, Srna, Vida, Corluka, Strinic, Badelj, Modric, Perisic, Brozovic, Rakitic, Mandzukic.

Euro2016, Croatia, Republik czech, Suar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain