CARDIFF City melengkapkan perpindahan bintang Argentina, Emiliano Sala dengan rekod perpindahan kelab bernilai 15 juta pound sterling pada 19 Januari lalu. Namun dunia bola sepak dikejutkan dengan nasib Sala yang masih tidak diketahui sehingga hari ini selepas pesawat persendirian dinaikinya dari Nantes menuju ke Cardiff hilang dari radar pada malam Isnin lalu. Pesawat jenis Piper Malibu yang dinaiki pemain berusia 28 tahun itu hilang ketika melintasi Kepulauan Channel. Media Perancis melaporkan Sala berada di dalam pesawat ringan itu dan dihantar ke lapangan terbang oleh bekas rakan pasukannya di Nantes, Nicolas Pallois. ARTIKEL BERKAITAN: Emiliano Sala: Dua kusyen tempat duduk pesawat ditemui di pantai Perancis Sala disifatkan sebagai pemain yang mempunyai ciri-ciri dikehendaki seorang pengurus, demikian menurut pengendali Cardiff, Neil Warnock. Sala menandatangani kontrak bersama Cardiff pada 19 Januari lalu. Warnock melihat kombinasi etika kerja dan skil penyudah Sala boleh membantu Bluebirds kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan. Ketika ini Cardiff menduduki tangga ke-18 liga dengan mengutip 19 mata. Malah 12 gol dalam 19 penampilan bersama Nantes, kelab yang beraksi dalam saingan Ligue 1 Perancis musim ini telah meyakinkan Cardiff untuk membelanjakan 18 juta pound sterling terhadap pemain itu. Malah Sala cukup teruja untuk mencuba cabaran baharu bersama Cardiff sehingga memilih untuk menaiki pesawat persendirian bagi memulakan latihan pertama bersama rakan sepasukan baharunya. Dilahirkan di Argentina, Sala memulakan kariernya sebagai pemain remaja di Kelab Proyecto Crecer sebelum mencuba nasib di Perancis pada 2010 sehinggalah mencipta nama sebagai salah seorang penyerang terbaik. Terus-terang saya seorang yang amat jujur. Saya mempunyai gaya tersendiri, ini sifat saya dan saya tidak akan berubah - Saya rakyat Argentina! EMILIANO SALA PENYERANG CARDIFF CITY Pemain berketinggian 187 sentimeter itu menyertai Bordeaux ketika berusia 20 tahun dan melakukan penampilan bersama skuad senior untuk kelab itu pada Februari 2012 dengan diturunkan sebagai pemain gantian ketika tewas 1-3 kepada Lyon dalam saingan 16 terbaik Coupe de France. Namun, dia gagal menyerlah bersama Bordeaux dan dipinjamkan kepada kelab liga bawahan, Orleans dan Chamois Niortais. Dia juga pernah dipinjamkan seketika bersama Caen dengan menjaringkan lima gol dalam 13 aksi Ligue. Bakatnya mula dihidu Nantes yang pantas menyambar khidmat Sala dengan kontrak lima tahun pada Julai 2015 dengan bidaan sekitar sejuta euro dan sejak dari saat itu, kariernya mula berkembang. Sepanjang tempoh tiga setengah musim di Stade de la Beaujoire, Sala menjaringkan 43 gol dalam 101 aksi liga. Pada musim lalu, dia beraksi dibawah Claudio Ranieri memberikan kemenangan pertama kepada bekas pengendali Fulham itu dengan menewaskan Troyes 1-0. Nasib Sala masih tidak diketahui sementara operasi mencarinya sudah digerakkan semula. Dia menjaringkan 12 gol semasa dibawah Ranieri, mucul penjaring terbanyak kelab itu ketika Nantes menamatkan saingan Ligue 1 di tangga kesembilan. Sala begitu disenang orang disekelilinginya selain gemar membaca buku dan suka bermain gitar. Walaupun Ranieri meninggal Nantes pada hujung musim 2017/2018, prestasi Sala terus menyinar meskipun namanya tidaklah begitu dikenali berbanding beberapa nama besar seperti Neymar, Edinson Cavani, Kylian Mbappe dan Nicolas Pepe. "Terus-terang saya seorang yang amat jujur. Saya mempunyai gaya tersendiri, ini sifat saya dan saya tidak akan berubah - Saya rakyat Argentina! "Berada di atas padang memberikan segalanya untuk diri sendiri dan mungkin menjaringkan gol. Saya melihat rakan atau ahli keluarga saya gembira di tempat duduk stadium, itu membuatkan saya bahagia," kata Sala. Pada Oktober tahun lalu, Sala menjadi pemain pertama menjaringkan hatrik pada aksi Ligue 1 untuk Nantes sejak kali terakhir dilakukan Mamadou Diallo ketika menentang FC Sochaux-Montbeliard in 2006. Sala menjaringkan gol terakhirnya untuk Nantes pada Disember lalu apabila menundukkan Marseille 3-2. Dia turut melakukan penampilan terakhirnya untuk kelab itu pada 17 Januari lalu apabila diturunkan dari bangku simpanan ketika perlawanan berbaki 18 minit. Sebelum berlepas ke Wales, Sala bertemu dengan jurulatih Nantes dan rakan sepasukannya pada pagi Isnin lalu untuk mengucapkan selamat tinggal. Dia turut memuatnaik gambar bersama bekas rakan sepasukannya di Twitter sejurus selepas pertemuan terakhir itu. Gambar terakhir bersama bekas rakan dan jurulatihnya di Nantes pada 21 Januari lalu. Tanpa kita sedari, Sala seakan-akan memberi bayangan bahawa itulah pertemuan terakhir mereka apabila menulis kapsyen 'selamat tinggal buat kali terakhir' pada gambar tersebut. - SkySports Profil: Nama penuh: Emiliano Raúl Sala Taffarel Tarikh lahir: 31 Oktober 1990 Tempat lahir: Cululu, Wilayah Santa Fe, Argentina Tinggi: 187 cm Posisi: Penyerang Kelab terkini: Cardiff City Kelab terdahulu: Bordeaux (2012-2015), Nantes (2015-2019)