SAINGAN musim 2018/19 Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah pun berakhir Mei lalu yang menyaksikan Manchester City mempertahankan trofi kejuaraan liga. Secara keseluruhannya skuad Pep Guardiola itu konsisten menguasai kedudukan liga dengan aksi luar biasa anak buahnya, tetapi pemain-pemain dari kelab ternama lain turut mencuri tumpuan peminat tegar EPL. Antara 10 pemain terbaik EPL musim 2018/19: 10. Wilfried Zaha dilihat sebagai aset utama Crystal Palace dan berada dalam radar pasukan terbaik di England selepas musim ini. Banyak pasukan dijangka cuba mendapatkan khidmatnya. Zaha telah mempamerkan yang terbaik dalam membantu pasukan bersama gandingan Aaron Wan-Bissaka. Kini hanya masa yang diperlukan sebelum melihat pemain Ivory ini beraksi bersama pasukan lebih gah. Biarpun hanya lapan gol musim ini, Zaha merupakan pemain serba boleh dengan kawalan bola yang cekap sekaligus menjadikannya antara pemain terbaik dalam liga perdana. Zaha antara pemain terbaik liga musim ini. 9. Walaupun ketika pengurusan Jose Mourinho, tempoh Paul Pogba menjadi pemain pilihan pengendali Portugal itu tidak berpanjangan. Namun kehadiran jurulatih baharu Ole Gunnar Solksjaer memberi impak positif buat Pogba untuk bangkit. Sentuhannya ketika beraksi tidak perlu dipertikaikan lagi, namun penghujung musim ini, Pogba banyak dikaitkan dengan kelab gergasi di Perancis dan juga Sepanyol. Dia merakam 13 gol aksi liga musim ini. Paul Pogba 8. Bos Argentina Mauricio Pochetino dan pasukannya, Tottenham Hotspurs, telah menemui permata Korea Selatan, Son Heung-Min. Pemain ini tiba di Tottenham beberapa tahun lalu dan kempen musim ini menyaksikan Son berada dalam kelas tersendiri. Penyerang itu telah menyelamatkan ‘nyawa’ Spurs lebih daripada satu kali, dengan menjaringkan gol kemenangan atau mengikat permainan dengan keputusan seri. Gandingan dengan Harry Kane menjadikan Spurs antara pasukan digeruni musim ini. Heung-Min antara pemain Asia paling berjaya dalam aksi EPL. 7. Harry Kane bermain di posisi penyerang adalah salah seorang pemain paling hangat di dunia menerusi penampilannya bersama Tottenham dan pasukan kebangsaan England. Berusia 25 tahun, Kane telah menunjukkan kematangan di setiap sudut dan membuktikan kehadirannya tidak boleh dipandang ringan apabila meledak 17 gol keseluruhan musim ini. 6. Penyerang Argentina Sergio Aguero antara watak penting selepas ketibaannya di Manchester City. Bekas pemain Atletico Madrid bijak merakam namanya sebagai salah seorang penjaring terbanyk musim ini dengan 21 gol. Kepercayaan yang diberikan Pep Guardiola digunakan sebaik-baiknya oleh bintang Argentina ini. Sergio Aguero 5. Pemain tengah Belanda, Virgil van Dijk melakukan tugas hebat sejak bersama Southampton sebelum ini. Namun bergelar bintang di Liverpool menjadikan dia antara salah seorang pemain terbaik liga. Van Dijk telah menunjukkan dia seorang kapten yang serba boleh. Musim ini dia berjaya menjaga benteng The Reds menjadi kebal. 4. Sebelum ini Raheem Sterling sinonim bersama Liverpool, namun perpindahannya ke Manchester City terus menjadikan rentak permainan semakin kemas lebih-lebih kepercayaan yang diberikan oleh pengurus Pep Guardiola. Bakat semula jadi pemain kelahiran Jamaica ini menjadikan dia lebih mudah untuk membawa diri dalam corak permainan City. Pemain England itu merekodkan 17 gol musim ini. Raheem Sterling 3. Penjaring terbanyak musim ini dengan 22 gol. Bintang antarabangsa Mesir, Mohamed Salah menjadi idola kepada seluruh penyokong Liverpool. Gandingannya bersama Sadio Mane antara babak yang ditunggu-tunggu peminat The Reds. Biarpun gagal membantu Liverpool untuk menjulang trofi Liga Perdana musim ini, gelaran juara Liga Juara-Juara sudah cukup membuktikan pemain ini selesa untuk terus berkelana di Anfield bersama Jurgen Klopp walaupun ada khabar angin pasukan lain mahu memancingnya. Salah dan Mane (kanan) berkongsi jumlah gol musim ini. 2. Pada awal musim liga nama Eden Hazard tidak terlalu menonjol. Namun berbeza apabila pertengahan musim dia mula meletakkan namanya antara penyerang berbisa buat Chelsea dengan meledak 16 gol musim ini. Aksi luar biasanya berterusan hingga ke penghujung musim dengan membantu The Blues menjulang trofi Liga Europa. Bagaimana pun tempoh di Stamford Bridge tidak berpanjangan apabila impian untuk bermain bersam Real Madrid menjadi kenyataan. Dia secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab gergasi Sepanyol itu minggu lalu. Hazard sah bergelar pemain Real Madrid musim 2019/20. 1. Berkongsi jumlah jaringan (22 gol) bersama rakan sepasukan Mohamed Salah di Liverpool, Sadio Mane menjadi pemain terbaik untuk musim 2018/19. Penyerang Senegal itu mempunyai musim yang cemerlang di England dan Eropah. Mane dianggap pemain berbahaya di atas padang kerana dengan hanya kelalaian di barisan benteng pertahanan lawan, dia pasti akan menggunakan peluang itu meledakkan gol.