HAMPIR dua tahun berkelana di Okayama, Jepun, Muhammad Hadi Fayyah tidak melepaskan peluang untuk mencipta nama dengan caranya sendiri. Pemain muda milik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya menarik perhatian kelab Fagiano Okayama selepas menjalani dua sesi latihan pada September dan November dua tahun lalu. Berjauhan dengan keluarga dan kawan-kawan bukan tugas mudah buat pemain tinggi lampai berusia 20 tahun ini, namun peredaran waktu menjadikan di tekad untuk meneruskan kariernya bersama Liga Profesional 2 di Jepun. ARTIKEL BERKAITAN: Dinobat Pelajar Terbaik, Roslinda akur beraya di perantauan selepas tamat pengajian di Jerman - "Hari-hari call kampung. Mak selalu tanya bila nak balik" Malah Okayama sudah dianggap rumah keduanya dan pelbagai pengalaman dikutip untuk menjadikannya sebagai pemain bola sepak yang lebih baik Bukan sekadar pemain Lebih membanggakan, pemain kelahiran Kuala Lumpur ini mencatat sejarah baharu apabila di lantik sebagai Duta Pelancongan Kesihatan Okayama oleh Datuk Bandar Okayama sekaligus menjadi pemain bola sepak Malaysia yang pertama mendapat pengiktirafan itu. Hadi Fayyadh bersama Fagiano Okayama sejak 2018. Pemilihan Hadi Fayyadh sebagai duta itu sempena satu program kerjasama di antara Bandar Okayama, Bandar Maniwa, Bandar Kibi-Chuo serta kelab Fagiano Okayama bertujuan untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar Okayama yang mesra kepada pengunjung Muslim dari Malaysia. Dan ternyata pelantikannya sebagai duta itu disifatkan satu penghormatan buat negara selain turut bergelar duta produk Minuman Probiotik terkemuka dunia, Yakult di Malaysia sejak tahun 2018. "Saya merasa gembira dengan pelantikan ini dan merasakan ini merupakan satu penghormatan kepada dunia sukan di Malaysia. "Memasuki tahun kedua saya merasakan bandar Okayama ini semakin mesra kepada pengunjung Muslim khususnya dari Malaysia kerana semakin banyak tempat-tempat serta kedai makan yang mesra Muslim di buka. Ini menjadikan kehidupan saya di sini semakin selesa. Hadi Fayyadh bersama President Fagiano Okayama Tokuhiko Suzuki dan Pengarah Urusan Yakult Malaysia Hiroshi Hamada semasa majlis tandatangan kontrak bersama Fagiano Okayama tahun 2018 lalu. "Saya berharap lebih ramai pelancong dari Malaysia akan melawat bandar ini selepas pandemik Covid 19 ini berakhir untuk merasai keunikkan makanan mereka yang halal, pemandangan yang cantik serta budaya untuk dikongsi," jelasnya menerusi satu kenyataan kelabnya.Mula latihan Liga bola sepak Jepun turut ditangguhkan berikutan penularan Covid-19 baru-baru ini dan ia turut memaksa Hadi Fayyadh bercuti daripada beraksi sejak Mac lalu. Bagaimanapun, dengan penurunan kes wabak itu, liga bola sepak dunia sudah mula kembali bersambung termasuk kelab Okayama. Hadi Fayyadh mengajak rakyat Malaysia datang ke Okayama menikmati pelbagai pemandang, makanan dan budaya menarik. "Saya juga merasa gembira kerana telah memulakan sesi latihan bersama pasukan Fagiano Okayama. "Beberapa perlawanan persahabatan juga diadakan sebelum bermulanya liga yang akan di sambung semula pada 27 Jun ini," tambahnya.Sebagai rekod, kontrak Hadi Fayyadh bersama Fagiano Okayama sehingga akhir tahun ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!