BINTANG muda Manchester United, Marcus Rashford dikenali bukan sahaja kerana bakatnya di padang, sebalik ada sesuatu yang lebih menarik. Rashford yang dilahirkan di Wythenshawe, England pada 31 Oktober 1997 bakal menerima gelaran doktor dari Universiti Manchester. Ini bermakna, Rashford menjadi penerima anugerah paling muda dalam sejarah universiti tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Umar Hakeem gembira dipanggil berlatih bersama skuad B-19, anggap pemain baharu saingan positif Kerja kebajikan Penyerang berusia 22 tahun ini melancarkan kempen kebajikan berprofil tinggi terhadap kemiskinan kanak-kanak pada musim panas ini selepas mengumpul dana FareShare 20 juta paun bagi menderma makanan sepanjang penularan pandemik Covid-19. Bukan itu sahaja, Rashford juga turut menyakinkan kerajaan untuk meneruskan skim baucer makanan di sekolah untuk kanak-kanak sepanjang cuti musim panas ini. Rashford antara pemain berprofil tinggi di Machester United. "Sangat berbangga dengan diri sendiri dan keluarga. Masih jauh perjalanan untuk menentang kemiskinan kanak-kanak di negara ini tetapi dengan adanya penghargaan ini dari bandar sendiri bermakna kami berada di landasan betul dan ianya sangat bermakna," jelas Rashford. Sementara itu, Presiden dan Timbalan Canselor Universiti, Profesor Dame Nancy Rothwell berkata: "Marcus seorang lelaki yang mempunyai bakat luar biasa yang melakar nama dalam arena bola sepak. "Kerja kebajikannya dengan kempen profil tinggi bukan sahaja membantu golongan muda yang susah di bandar sendiri, sebaliknya di seluruh negara. "Universiti kami mempunyai tanggungjawab sosial sebagai teras kewajipan sivik dan ini adalah sesuatu yang kami banggakan untuk berkongsi dengan Marcus. Rashford pemain termuda menyarung jersi England pada tahun 2016. "Dengan sebab itu pihak universiti berbesar hati menjadikan Marcus sebagai penerima gelaran doktor kehormat termuda kami," ujarnya. Latar belakang Rashford mula mengenali bola sepak pada usia lima tahun apabila beraksi dengan pasukan Fletcher Moss Rangers seterusnya menyertai akademi Manchester United pada usia tujuh tahun. Menjadikan bekas penyerang Brazil, Ronaldo sebagai idolanya, Rashford mula mencipta nama dengan menyertai skuad Bawah 16 Tahun England pada tahun 2012. Rashford (kanan) antara watak penting dalam skuad Manchester United. Pada tahun 2015 dia dipanggil menyertai skuad senior Manchester United. Setahun kemudian dia menjadi pemain paling muda menjaringkan gol dalam perlawanan antarabangsa senior bersama England dalam Euro 2016. Rashford juga turut tampil dalam aksi Piala Dunia 2018. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!