BEKAS bintang Chelsea, Barcelona dan Inter Milan, Samuel Eto’o terlibat dalam kemalangan semasa di Cameroon. Difahamkan kereta dipandu Eto’o dilanggar sebuah kereta dari belakang. Keretanya rosak teruk tetapi bekas pemain hebat itu dilaporkan dalam keadaan stabil. Eto’o pernah memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara sepanjang kariernya termasuk ketika bersama Inter. Pada musim itu, Eto’o menyifatkan pasukan tersebut sebagai sebuah keluarga dan rumah kedua bagi dirinya. "Memenangi kejuaraan treble adalah memori yang luar biasa kerana saya dikelilingi individu yang hebat. "Rakan sepasukan saya, sudah tentu dan juga Massimo Morti yang juga seperti bapa saya," katanya. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!