suria

Maradona selamat jalani pembedahan keluar darah beku di otak

Maradona dilihat meninggalkan hospital dalam keadaan penuh bersemangat.

DIEGO Maradona dibenarkan keluar hospital selepas selamat menjalani pembedahan otak.

Legenda bola sepak Argentina itu dimasukkan ke hospital sembilan hari lalu dan menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan darah beku di dalam otaknya.

Sebaik saja meninggalkan Klinik Olivos di Buenos Aires, ambulans dinaiki Maradona diserbu jurugambar dan peminatnya.

Maradona dijangka berehat susulan pembedahan itu di sebuah rumah berhampiran kediaman anak perempuan sulungnya.

Bekas pemain bintang itu dilihat dalam keadaan baik sebelum meninggalkan hospital.

Maradona merupakan ketua jurulatih Gimnasia y Esgrima namun dia tidak akan kembali ke lapangan dalam masa terdekat.

Peguam Maradona, Matias Morla dalam satu kenyataan pada malam Rabu mendedahkan kliennya akan menjalani rawatan pemulihan untuk menangani masalah ketagihan alkohol.

"Diego sihat dan ingin menjalani pemulihan. Dia dijadualkan meninggalkan hospital hari ini," kata Morla. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain