PEMAIN bola sepak terkenal sering diminta peminat untuk menurunkan tandatangan pada jersi, bola dan juga buku autograf. Namun tandatangan siapa paling bernilai? Legenda Brazil, Pele turut tersenarai bersama bintang Argentina, Diego Maradona tetapi kedua-duanya hanya tersenarai dalam kelompok 10 teratas. Tujuh pemain Liga Perdana Inggeris dengan empat daripadanya iaitu Mohamed Salah, Virgil van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan Alisson Becker mengungguli senarai tersebut. Tandatangan Salah mempunyai nilai jualan semula sebanyak RM3,599.90 sekali gus menyaksikannya menduduki kelompok lima teratas. Bintang Manchester City, Sergio Aguero pula berada di kedudukan pertama apabila tandatangannya dianggarkan bernilai RM7,438.32. Sementara itu, tandatangan legenda Manchsester United David Beckham menduduki tempat kedua dengan merekodkan nilai jualan sebanyak RM5,454.42. Bintang Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang pula di tempat ketiga apabila tandatangannya dianggarkan bernilai RM4,908.97. Tidak ketinggalan, legenda Barcelona dan ikon Brazil, Ronaldinho yang menduduki tempat ke-17. Tandatangannya dianggarkan bernilai sebanyak RM1,976.70. - Dailymail Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!