suria

Azreen Nabila jadi sumber inspirasi, Ridzuan Puzi tekad buat terbaik

Ridzuan Puzi kini berlatih Azreen Nabila sebagai persiapan menghadapi Sukan Paralimpik Tokyo yang akan bermula 24 Ogos ini.

ATLET paralimpik negara, Mohd Ridzuan Puzi menjadikan pelari pecut wanita kebangsaan, Azreen Nabila Alias sebagai sumber inspirasi menjelang temasya Sukan Paralimpik Tokyo bermula 24 Ogos ini.

Menurut jurulatih olahraga para kebangsaan, R. Jaganathan, Mohd Ridzuan mahu mengikuti langkah Azreen Nabila yang baru-baru ini mencatatkan rekod peribadi terbaik di Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini.

"Mohd. Ridzuan mahu melakukan perkara serupa di Tokyo, sesuatu yang istimewa. Walaupun usia Mohd Ridzuan semakin meningkat, dia masih seorang atlet yang kuat," ujar Jaganathan kepada The Star.

ARTIKEL BERKAITAN: Semangat kemerdekaan iringi perjuangan atlet paralimpik di bumi Tokyo, Ganbatte Malaysia!

ARTIKEL BERKAITAN: Ziyad, Abdul Latif, Ridzuan Puzi sandaran emas negara di Paralimpik

Mohd Ridzuan akan bersaing dengan ramai pelari pecut muda di Tokyo termasuklah atlet Australia, James Turner yang memegang rekod dunia 11.72 saat.

Masa terpantas yang dicatatkan oleh Mohd. Ridzuan adalah 11.87 saat sewaktu Sukan Para Asia di Jakarta, Indonesia pada tiga tahun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, bagi mempersiapkan diri dengan lebih rapi menjelang temasya di Tokyo, Mohd Ridzuan mengadakan latihan bersama beberapa atlet pecut negara termasuk Azreen Nabila di pusat latihan Majlis Sukan Negara (MSN).

"Saya perlu berterima kasih kepada mereka kerana mereka telah memastikan dia berada dalam keadaan yang baik. Ketika latihan, dia tetap bersemangat meskipun ketinggalan di belakang pelari pecut lain.

"Dia akan berlatih dengan lebih kuat lagi sehingga akhir," kata Jaganathan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain