BEKAS pemain antarabangsa Jepun, Masashi Motoyama beranggapan Malaysia memiliki pakej lengkap dalam bola sepak. Berdasarkan pemerhatiannya sejak menjadikan kelab Liga Premier, Kelantan United sebagai kelab luar Jepun pertama diwakilinya, Motoyama, 42, memuji bakat dimiliki pemain dan juga peminat di negara ini. Ketika dipetik menerusi akaun YouTube J.LEAGUE International, bekas pemain Kashima Antlers itu menyifatkan pemain bola sepak negara memiliki pemain kemahiran tinggi tetapi ada beberapa aspek yang perlu dipelajari lagi bagi melengkapkan keperluan sebagai pemain profesional. Menerusi muat naik di YouTube itu, Motoyama turut berkongsi pengalamannya beraksi di Malaysia dan berasakan dia dapat mempelajari sesuatu yang baharu daripada Liga Malaysia (Liga M). Selain itu, selepas dilantik sebagai juri Piala Global Yakult 2021 yang berlangsung 10 hingga 31 Julai lalu, Masashi juga turut memuji peminat sukan itu di negara ini dan percaya ‘pemain ke 12’ memiliki asas untuk dikembangkan ke peringkat lebih tinggi. ARTIKEL BERKAITAN: Azreen Nabila jadi sumber inspirasi, Ridzuan Puzi tekad buat terbaik “Syabas kepada semua peserta. Saya berasa sungguh terhibur menonton semua video remix (penyertaan) tetapi sukar bagi saya untuk membuat keputusan. Dengan itu, saya telah memutuskan untuk menilai berdasarkan usia dan usaha mereka. “Kepada mereka yang tidak terpilih sebagai pemenang, saya memohon maaf sekiranya saya telah mengecewakan anda. Setelah keadaan (pandemik Covid-19) semakin pulih, saya ingin cabaran diadakan secara bersemuka dan bukannya secara maya,” katanya. Peraduan yang diadakan secara online itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM6,300 serta barangan sukan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pemenang kategori Mudah adalah pengguna Instagram bernama @jasonleefs yang membawa hadiah wang tunai bernilai RM500 beserta jersi Harimau Malaya dan sebiji bola jenama Puma dengan tandatangan Motoyama. Dua naib juara pula dimenangi @saif-brothers dan @putra_muhamad_isqandar. Juara kategori Sederhana pula menjadi milik @muzaqoffical yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 beserta jersi Harimau Malaya dan sebiji bola jenama Puma dengan tandatangan Motoyama. Dua naib juara dimenangi @syhmi_irfann dan @yassimafeefrayyan. Bagi kategori Pro, @zhillmi dipilih sebagai pemenang dan menerima wang tunai bernilai RM2,000 beserta jersi Harimau Malaya dan sebiji bola jenama Puma dengan tandatangan Motoyama. Dua naib juara dimenangi @ajiq.o dan naib @azzamzlan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!