suria

Khabib buka lebih banyak akademi lahirkan jaguh seni bela diri

Legenda MMA Khabib buka lebih banyak akademi untuk lahirkan lebih ramai juara seni pertahankan diri.

LEGENDA seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov bakal mengikut jejak langkah ayahnya sebagai seorang jurulatih apabila dia mengumumkan hasratnya untuk membuka lebih banyak akademi bagi melahirkan lebih ramai jaguh MMA.

The Sun melaporkan Nurmagomedov sebelum ini pernah membuka sebuah akademi yang boleh memuatkan 200 orang pelajar di kampungnya pada bulan Disember 2019, dan dia menamakannya sempena nama bapanya, Abdulamanap Nurmagomedov.

Namun kini, bekas juara lightweight UFC tersebut merancang untuk membuka akademi di Moscow, Abu Dhabi, Kazan dan Krasnodar.

Selepas bersara, Khabib memberi tumpuan membantu melatih rakan sepasukannya.

ARTIKLE BERKAITAN: Bekas kapten bola wanita Afghanistan minta rakan bakar jersi, padam identiti

ARTIKLE BERKAITAN: "Jangan tertipu!" Juara Olimpik kritik atlet guna teknologi kasut

Menurut Khabib yang baru sahaja menandatangani kontrak bersama pasukan bola sepak divisyen ketiga Rusia, Legion Dynamo, akademi di Abu Dhabi akan dibuka pada penghujung Disember serta ianya bakal menjadi akademi paling besar miliknya.

Khabib bersara daripada arena MMA pada penghujung tahun ketika sedang berada di kemuncak kariernya.

Petarung berusia 32 tahun itu mendedahkan, dia telah berjanji dengan ibunya bahawa pertarungannya dengan Justin Gaethje pada aksi UFC 254 tahun lalu adalah pertarungan terakhir untuknya.

Selain itu, Khabib turut memberi bayangan dia tidak mungkin dapat bertarung tanpa ayahnya, Abdulamanap yang meninggal pada 3 Julai 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

khabib, mma, seni bela diri, akademi

Artikel Lain