JANTUNG pernah berhenti selama dua minit, malah dia kehilangan kaki dan tangannya, namun insan berjiwa besar ini membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang untuk dirinya berjaya dalam hidup. Apa yang lebih membanggakan, remaja berusia 17 tahun ini bakal turun mewakili negaranya Great Britain dalam acara renang di Temasya Paralimpik Tokyo 2020 yang akan bermula Selasa depan. Pemilik nama Ellie Challis ini pernah menyentuh hati masyarakat antarabangsa apabila gambarnya yang teruja menerima kaki prostetik menjadi pilihan muka depan akhbar The Sun UK sekitar 15 tahun lalu.ARTIKLE BERKAITAN : Pernah gatih basikal ke pusat latihan...Daripada ‘nobody’ kepada ‘somebody'ARTIKLE BERKAITAN : Chelsea hilang khidmat Pulisic, bakal beri kelebihan buat Arsenal? Ellie adalah buktikan bahawa keberanian, kekuatan, sikap yang betul serta kepercayaan bahawa sentiasa ada jalan lain dalam hidup, mampu membawa kita terus mara kehadapan. Menurut Ellie yang juga atlet termuda dalam kontigen Great Britain, ayahnya menyangka dia tidak akan pernah boleh berjalan semula, namun dirinya kini mewakili negaranya di sukan Paralimpik. "Saya akan melakukan yang terbaik dan dalam masa sama menikmati setiap minit saya di sana. Saya tidak sabar untuk temasya ini bermula," katanya, seperti dilaporkan The Sun UK. Ellie, yang mempunyai seorang lagi saudara kembar bernama Sophie, menghidap meningitis ketika berusia 16 bulan dan dia dikatakan hanya mempunyai lima peratus peluang untuk hidup. Ellie pernah menyentuh hati masyarakat antarabangsa apabila gambarnya yang teruja menerima kaki prostetik menjadi pilihan muka depan akhbar The Sun UK, 15 tahun lalu. Ayahnya yang berusia 57 berkata Ellie koma selama lima minggu. "Dia sebenarnya mati selama dua minit. Jantung dia berhenti. Kami ada dalam bilik bila bacaan dia flat..Ianya sangat hampir (tidak berjaya diselamatkan). "Dia koma selama lima minggu dan apa yang saya boleh lakukan hanyalah berharap dia akan selamat "Jari dan kakinya mula bertukar kehitaman dan ianya mula merebak ke bahagian atas," ujarnya. Ellie ditukarkan daripada Hospital St Mary di Paddington, Barat London ke Hospital Boomfields di Chelmford, Essex, pada September 2005. Empat hari kemudian, kedua-dua kaki Ellie teraksa dipotong dari atas lutut manakala tanggannya dari bahagian siku ke bawah dibuang disebabkan jangkitan kuman pada darah atau septicaemia. Dia ditahan di hospital selama 17 hari sebelum dibenarkan pulang. Paul kemudiannya memilih untuk berhenti kerja dan menjaga Ellie sepenuh masa. "Untuk tiga bulan pertama selepas pulang daripada hospital kami ada macam-macam temu janji yang perlu dihadiri, pemeriksaan dan fisioterapi," katanya. Ellie mendapat kaki prostetiknya yang berharga 20,000 pound ketika berusia tiga tahun hasil sumbangan sahabat dan jirannya di Rainham,Essex yang menghantar ke peti suratnya, walaupun mereka tidak pernah meminta sumbangan. Kekurangannya tidak pernah menjadi penghalang malah ketika di sekolah rendah, Ellie bermain bola sepak bersama rakan-rakannya yang normal. Elie menyertai kelab renang untuk golongan kurang upaya pada tahun 2015. Dua tahun kemudian dia mula bertanding dalam perlawanan dan dua tahun lepas itu dia menyertai skuad Great Britain. Ellie memecahkan rekod British dan Eropah ketika menyertai temasya renang-para di Glasgow pada April 2019 dalam acara renang kupu-kupu dan rekod dunia dalam acara kuak dada. Dia juga merupakan pemenang pingat gansa acara renang-paralimpik dunia di London pada tahun yang sama. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI