suria

Kesetiaan Rudiger bakal diuji

RUDIGER meminta kenaikan gaji sebanyak RM1,145,483 seminggu sebagai syarat baru untuk kelangsungannya bersama Chelsea. — Agensi

BINTANG Chelsea, Antonio Rudiger bakal menjadi pemain pertahanan termahal musim ini sekiranya dia menerima tawaran gaji sebanyak £400,000 (RM2,290,967) selepas kontraknya berakhir pada akhir musim ini.

Ini berikutan terdapat beberapa kelab menawarkan gaji termahal itu kepada pemain asal Jerman itu.

Bayern Munich, Paris Saint-Germain dan Real Madrid merupakan kelab yang menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat Rudiger setelah kontraknya berakhir.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel berpendapat bahawa Rudiger merupakan permain pertahanan yang terbaik.

Pemain berusia 28 tahun itu difahamkan meminta kenaikan gaji sebanyak £200,000 (RM1,145,483) seminggu sebagai syarat baru untuk kelangsungannya bersama Chelsea.

Rudiger yang kini memperoleh bayaran £130,000 (RM 744,564) seminggu daripada Chelsea, dilaporkan bakal menjadi pemain pertahanan dengan bayaran tertinggi.

Difahamkan, wakil Rudiger akan membuka tawaran di perlawanan Club World Cup pada Januari.

Pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann juga menyatakan minatnya terhadap Rudiger.

Katanya, pemain itu mempunyai prestasi yang baik dan aset pertahanan yang penting dalam perlawanan.

Rudiger bagaimanapun menegaskan bahawa dia tidak akan melakukan keputusan secara terburu-buru.

"Ini akan menjadi keputusan terpenting dalam karier profesional saya.

"Saya tidak berhubung dengan kelab lain selain Chelsea," ujarnya.

Rudiger merupakan pemain utama pilihan Tuchel sejak dia menyertai Chelssea pada bulan Disember. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain