POPULARITI atlet bola tampar wanita Turki, Zehra Gunes sememangnya meningkat secara mendadak sewaktu dia menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun pada Julai lalu. Bagaimanapun, ada juga netizen tidak 'senang hati' melihat popularitinya sehingga mereka mendakwa Gunes sengaja menonjolkan kecantikannya pada temasya berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Daripada raket badminton ke tukang kasut... Inilah kisah inspirasi Greysia Polii, pemenang pingat emas Olimpik Indonesia ARTIKEL BERKAITAN: Bakal beraksi di Olimpik Tokyo, pelari Jerman digelar atlet paling seksi di dunia Dakwaan tersebut bagaimanapun disangkal oleh Gunes dan dia ternyata kecewa tentang isu berkenaan. PESONA Gunes tetap terserlah ketika beraksi di gelanggang. — Instagram Zehra Gunes "Ada yang menganggap saya bermain dengan menggunakan rupa paras untuk kepentingan kamera. Namun saya sendiri tidak tahu dan melihat di manakah kamera itu berada semasa beraksi dalam gelanggang," katanya. Gunes, 22, mula bermain dalam kancah profesional pada musim 2011/2012 bersama pasukan Vakifbank Istanbul dalam Liga Bola Tampar Wanita Turki. Atlet berketinggian 1.97 meter itu memenangi kejuaraan liga pertamanya pada musim 2017-2018 dan meraih anugerah Vestel Special Prize. Selain itu, Gunes juga membawa pasukan Turki memenangi Kejuaraan Bola Tampar Wanita Dunia bawah 23 tahun pada 2017. Antara tahun 2015 dan 2019, wanita kelahiran Istanbul itu turut meraih tiga anugerah 'Best Middle Blocker' dalam tiga kejohanan berbeza. Middle Blocker merupakan posisi pemain tengah dalam sesuatu pasukan bola tampar. GADIS berusia 22 tahun itu turut memiliki 1.4 juta pengikut di Instagram. — Instagram Zehra Gunes Pada temasya Olimpik di Tokyo, Turki terkandas di peringkat suku akhir selepas tewas kepada Korea Selatan dengan kekalahan 2-3. Populariti dan pencapaian yang dikecapinya turut menarik perhatian jenama sukan terkemuka seperti Nike untuk menajanya. Malahan baru-baru ini, Gunes yang memiliki 1.4 juta pengikut di Instagram, menjadi model untuk jenama kereta terkenal, Mercedes-Benz. — Detik Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI