ATLET skateboard Amerika Syarikat (AS), Nyjah Huston mendedahkan pingat yang dimenanginya pada Olimpik 2024 sudah rosak dan lusuh, hanya seminggu selepas bertanding di temasya berkenaan. Huston, 29, meraih pingat gangsa dalam acara street lelaki, di mana dia tewas kepada pemenang pingat emas Yuto Horigome dari Jepun dan rakan senegara dari AS, Jagger Eaton. "Pingat Olimpik ini kelihatan hebat apabila ia baru. "Tetapi ia nampaknya tidak berkualiti seperti yang anda fikirkan. "Ia kelihatan usang," kongsi Huston melalui hantaran di Intastory mengenai kualiti pingat yang diraihnya. Menurut Huston, pingat berkenaan hanya menyentuh kulitnya dengan sedikit kesan peluh, selain memberi rakannya memakai pingat itu pada hujung minggu. Menerusi hantarannya, kelihatan bahagian belakang pingat gangsanya yang terkopek dengan tulisan yang turut terjejas. Dalam masa yang sama, atlet itu yang telah meraih 12 pingat emas dalam X-Games dan enam emas di Kejohanan Dunia, berharap agar kualiti pingat Olimpik dapat dipertingkatkan di masa depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube