suria

Khabar angin bertiup kencang, Simone Biles didakwa hamil sewaktu bertanding di Olimpik Paris

Simone Biles ketika beraksi di Olimpik Paris 2024. -Foto Lionel Bonaventure/AFP

BINTANG gimnastik Amerika Syarikat (AS), Simone Biles sememangnya antara atlet yang menjadi tumpuan ramai di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Biles, yang dianggap gimnas terhebat dalam sejarah, menamatkan kempennya di Paris dengan tiga emas dan satu perak, menjadikan jumlah kutipan pingat Olimpiknya kepada 11, dengan tujuh daripadanya emas.

Biarpun temasya Olimpik Paris baharu melabuhkan tirainya, nama Biles masih menjadi sebutan.

Ia gara-gara satu ciapan tular di laman X yang mendakwa atlet berusia 27 tahun itu sedang hamil ketika menyertai temasya tersebut.

Namun begitu, tiada pengumuman rasmi atau temu bual yang mengesahkan perkara tersebut walaupun Biles bukanlah atlet pertama yang bertanding di temasya Olimpik semasa hamil.

Berkahwin dengan bintang NFL, Jonathan Owens pada April tahun lalu, Biles pernah berkongsi mengenai perancangan masa depannya termasuk cahaya mata.

"Ya, kami mahukan anak-anak," kata Biles menjawab pertanyaan peminat di media sosialnya, menurut Sportskeeda.

Tetapi buat masa ini, mereka memilih untuk fokus kepada kerjaya masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain